Tempat Kerja Yang Bosan

Assalamualaikum.

Hari-hari cuti sem aku sekarang dihabiskan untuk kerja je sekarang. Dah macam tak ada life pulak aku rasa. Haha. Mana tak nya kerja 12jam. Memang badan aku ni robot lah kan. Huahuahua. Aku kerja dari 10pagi sampailah 10 malam. Bayangkan lah penatnya macam mana. Dengan bosan tak ada customer. Tapi okay lah still boleh duduk, main phone tak ada lah aku mati kutu dekat situ. Haha.


Aku kerja dekat kedai komputer Acer. Mustahil kan korang tak tahu. Haha. Biasalah dekat sini jual laptop and accessories lappy and computer. Cuma yang tak seronoknya dekat sini ada satu pekerja yang dikenali sebagai singa pelahap. Dia ni, kedekut ilmu! Lepas tu berbual lebat, gebang habis lah. Rasanya kalau dekat kawasan JB ni dia dah cukup top dengan perangai dia yang errrrrrrrrrrrrrrrrr........ no comment.





Selama seminggu aku kerja sini, 1 lappy pun aku tak pernah jual lagi. Muahahaha. Benda paling mahal aku pernah jual printer je. Tapi kadang-kadang menyirap jugak lah kan bila kita nak serve tetibe si singa ni menyibuk. Tapi seriously aku tak faham tentang komputer. So, jangan nak tunding jari dekat aku sedangkan semua tak ajar aku asas sikit pun. Suruh aku dengar time kerja tu tapi masalahnya dia cakap laju, and benda tu aku tak tahu, macam mana tu kan? dan yang paling terbaru aku dapat tau mungkin hari ni aku dengan Huda akan dipecat. Ni si singa tu lah yang cakap. Petang ni aku masuk kerja aku nak tanya betul ke tak dekat manager aku. 


Rasanya tu je kot aku nak cerita. Hahahaha. Okay nak makan siap and pergi kerja. Boboiiiiiiiii.

Manusia dan Kehidupan

Assalamualaikum.

Hari ni aku dapat rendang dari ibu kepada NSH iaitu Puan Norfariza. Terima kasih banyak cik noraa. Sedap :) Okay belum apa-apa lagi dah ade iklan kan. Nak buek camno dah memang aku macam ni. Aku nak cerita tentang kehidupan. Kehidupan semua orang alami. Eh aku betul lah ni. Masa aku update entry ni, aku dalam keadaan yang sangat tenang dan waras. :)




LIFE

Orang ramai cakap lelaki life begins at 40. Amboiii lamanya. Huhu. Bagi aku life bermula sejak engkau orang lahir lagi. Cuma time baby tu kita tak tahu apa-apa lah kan sehingga kita betul cukup dewasa, darjah 6 mungkin, kita boleh bezakan mana 1 yang baik dan mana 1 yang buruk.




Mungkin betul life kita rasa macam pendek bila kita asik terpaksa spend time dengan orang yang boleh rosakkan kebahagiaan serta keseronokkan kita. Amboi bukan main bermadah. Semua manusia punya masalah. Lagi-lagi berkaitan dengan perasaan benci, marah, sayang, cemburu dan sebagainya. Kadang-kadang manusia ada masalah dengan kebenaran. Semua manusia fikir diri dia je yang betul tanpa fikir secara rasional. Sebetulnya kalau difikir secara logik, pasti dua-dua mempunyai kesalahan yang tersendiri kan?



Aku akui aku banyak masalah, nama pun orang yang nak menghabiskan sisa umur belasan tahun untuk meniti ke alam puluhan. Dewasa dah tu. Haha. 3 bulan je lagi. Adat. Aku boleh panggil ia sebagai adat dalam kehidupan bila kita membenci seseorang, kita rasa cemburu dengan seseorang kita rasa sayang dekat seseorang. Itu lumrah. Lumrah perasaan yang Allah s.w.t kurniakan pasa kita. Cuma, kita harus bijak bagaimana untuk mengawalnya. Bagaimana untuk hapuskan rasa yang tak patut kita rasa tu. Tak kan sampai ke tua pun nak berdendam. Kan?





Setiap manusia akan berselindung di sebalik ruang-ruang kehidupan yang ada. Ya, sebab kita perlu. Kita perlu mengawal perangai kita, bila kita bertemu dengan orang tua contohnya, tak kan kita nak berperangai seperti dengan kawan-kawan kita kan? Kita mesti punya rasa hormat yang tinggi. Tapi kalau kita diam saja, cakap tanpa tengking, senang cerita tak cakap terus lah. Tapi orang masih anggap kurang ajar, apa yang boleh kita buat? Sebab tu perasaan yang lahir dari hati dia, bukan kita. Dia tak akan pernah boleh tahu, macam mana kita punya hati, apa situasi yang dihadapi oleh kita. Dia tak akan pernah tahu. SAMPAI BILA-BILA.


Sebab tu lah, kita perlu selalu mendekatkan diri kita kepadaNya. Ya, aku jugak manusia yang alpa. Sering melakukan dosa-dosa kecil dan besar tanpa aku fikir akibatnya kerana itulah manusia. Aku selalu berdoa untuk berubah, dapat hidayah. Alhamsulillah buat masa ni orang hentam aku ke, apa ke, aku diam. Tapi jangan pulak fikir diam-diam manusia tu tiada marahnya. Silap-silap kang cikebum cikebum bunyinye. Hehehe. 




Selalunya, aku kalau tak suka seseorang, aku akan cakap. Tapi kadang-kadang kita kena jugak senyap atas sebab-sebab tertentu. Apa yang aku boleh buat summary atau conclusion kat sini, as human being, kita pasti akan rasa semua ini, tu standard, kena pulak umur-umur macam aku ni kan haa baru nak naik. Cuma kita bijak ke tak bijak mengawal situasi. Memang ada rasa marah dekat hati tapi bila difikirkan balik, kalau kita balas, macam budak-budak kan? So apa kata buat bodoh je and actually aku susah terasa orangnya melainkan lah memang cakap KEPADA NURUL SYAZWANI haaa tu baru aku terasa hehehe. Lagi 1 soal entahlah soal apa entah, masa final ni macam-macam dugaan pulak. Hahaha. Aku nak tolong, mintak tolong, tapi entahlah yang part ni tak boleh nak cakap ape. Okay terima kasih sebab baca. Wassalam.